Wednesday, November 16, 2011

Majlis Khatam Al-Quran SMIH JB 2011


Alhamdulillah Bidang Ilmu Wahyu SMIH JB telah berjaya menganjurkan Majlis Penutup Khatam Al-Quran SMIH JB 2011 pada 24 Ogos 2011 bertempat di Dewan Khandak.Perasmian Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan disusuli dengan ucapan Pengetua SMIH JB, Ustazah Hajjah Fauziah Abdul Salam. Majlis kemudiaannya diteruskan dengan persembahan multimedia yang boleh ditonton pada pautan ini : http://www.youtube.com/watch?v=M_FHvS7poN0&feature=youtu.be
Majlis diakhiri dengan kuiz dan penyampaian wang raya. Majlis bersurai sekitar jam 12.00 tengahari.
Jazakumullah kepada semua warga SMIH JB yang terlibat menjayakan majlis.

Wednesday, August 17, 2011

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Aishah berkata:

"Nabi saw apabila memasuki sepuluh malam terakhir baginda akan mengetatkan kain pinggangnya (berusaha bersungguh-sungguh dengan ibadah lebih banyak dari waktu yang lain) dan menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya." (Bukhari: 2024 dan Muslim: 1174),

Mengetatkan kain bermaksud: berusaha bersungguh-sungguh dalam ibadah lebih dari waktu lain, dan juga bermakna memisahkan diri dari isteri dengan sibuk beribadah. Menghidupkan malamnya bermaksud: Menghidupkan malamnya dengan ibadah dan berjaga pada waktu malam; kerana tidur adalah saudara mati. Mengejutkan ahli keluarganya: untuk solat pada waktu malam .. Dalam ceramah tersebut:

"Rasulullah saw bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh malam terakhir yang tidak pernah dilakukan pada waktu lain." (Muslim: 1175 dan riwayat orang lain).

Kita berdoa kepada Allah untuk ditemukan dengan Lailatul-Qadar, dan janganlah kita dinafikan kebaikan dan pahala.

Hanya Allah yang memberikan taufikNya, dan akhirnya kita menyatakan bahawa segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Dipetik dari : http://zadud-duat.blogspot.com/2011/08/lailatul-qadar-dan-itikaf.html

Wednesday, July 13, 2011

Pelancaran Program Semarak Ramadhan 1432 H 2011

Alhamdulillah dengan Inayah Allah, Bidang Ilmu Wahyu SMIH JB telah berjaya melancarkan Program Semarak Ramadhan 1432H / 2011 yang telah dirasmikan oleh Pengetua SMIH JB, Puan Hajjah Fauziah Abdul Salam pada hari Rabu 14 Julai 2011 jam 3.25 petang di Dewan Khandak SMIH JB.

Program kemudiannya disusuli dengan ceramah Semarak Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Pertubuhan IKRAM Johor, En Ahmad Daniel Shaharudin. Majlis berakhir jam 4.30 petang dengan penyampaian cenderahati oleh pengarah program Ustaz Mohd Syafiq Abdul Aziz kepada penceramah.Semoga Ramadhan yang bakal menjelang dapat dilalui dengan penuh ketaatan.

Monday, July 4, 2011

Sambutan Isra` Mikraj 2011


Pada 29 Jun 2011 telah berlangsung majlis sambutan sempena peristiwa Isra` Mikraj di Dewan Khandak Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Acara utama majlis ini ialah Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor, Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia. Majlis bermula dengan persembahan nasyid kumpulan Najahan dan diikuti dengan ceramah. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi tamat pada jam 10.30 pagi.Segala pujian kepada Allah yang telah melancarkan perjalanan program ini.

Wednesday, April 20, 2011

Pemilihan Peserta Ke Karnival Ko-Kurikulum MUSLEH 2011

Insya Allah, peserta akan dipilih untuk mewakili sekolah ke Karnival Ko-Kurikulum MUSLEH 2011, yang akan diadakan pada 6-7 Jun 2011 di Sek Men Islam Hira` Jeram, Selangor. Sebagai makluman awal di antara acara yang dipertandingkan ialah :

1. Hafazan Hadis Nabawi
2. Bercerita Kisah Sahabat r.a
3. Khutbah Jumaat
4. Azan

Pelajar yang berminat sila hubungi Ust. Masdi.

Wednesday, March 30, 2011

SMIH JB Johan Hafazan Perempuan Peringkat Sekolah Menengah Zon Skudai 2011


Johan Hafazan Kategori Perempuan


Naib Johan Hafazan Kategori Lelaki


Tempat Ketiga Tilawah Al-Quran


Peserta Syarahan Lelaki sedang menunggu giliran


Peserta Syarahan Perempuan Mendengar Persembahan Peserta Lain

Pada 26 Mac 2011 yang lalu, bersamaan hari Sabtu, SMIH JB telah menghantar 5 orang peserta untuk menyertai pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah menengah Zon Skudai bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Jaya. Majlis ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Jaya . Seramai 5 orang peserta SMIH JB telah menyertai pertandingan hafazan kategori lelaki dan perempuan, tilawah Al-Quran kategori lelaki dan syarahan kategori lelaki dan perempuan.
Alhamdulillah, peserta hafazan kategori perempuan iaitu Nurul Qarirah binti Md Kahar telah berjaya menjadi johan, manakala peserta hafazan kategori lelaki, Wan Abdul Rahman bin Wan Ibrisam Fikri menduduki tempat kedua sebagai Naib Johan. Manakala peserta tilawah Al-Quran kategori lelaki, Muhammad Najib bin Yusof telah menduduki tempat ketiga. Sementara itu, peserta syarahan kategori lelaki dan perempuan , iaitu Muhammad Irsyad bin Zaini dan Siti Nur Nageehah binti Ahmad Sahrel tidak berjaya meraih sebarang tempat. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada mereka berdua di atas kesungguhan yang telah ditunjukkan sepanjang persiapan dan pertandingan ini.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Nusa Jaya Encik Mohamad bin Ismail.

Monday, February 28, 2011

Jadual Ujian Berkala 1 2011

Bermula dari hari Isnin yang lalu , Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah memulakan sesi Ujian Berkala 1 untuk tahun 2011. Syukur alhamdulillah, segala yang dirancang dalam usaha melihat perjalanan ujian ini berjalan lancar, berlangsung tanpa sebarang masalah. Semoga tidak ada sebarang masalah teknikal yang boleh mengganggu kelancaran proses ujian ini. Pengurusan yang lebih sistematik yang dibentuk oleh barisan jentera unit peperiksaan dan akademik memberikan jaminan bahawa pelaksanaan UB1 kali ini insyaallah lebih baik dan teratur.





Sumber : Mohd Anuar Mohd Juwahir