Monday, February 28, 2011

Jadual Ujian Berkala 1 2011

Bermula dari hari Isnin yang lalu , Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah memulakan sesi Ujian Berkala 1 untuk tahun 2011. Syukur alhamdulillah, segala yang dirancang dalam usaha melihat perjalanan ujian ini berjalan lancar, berlangsung tanpa sebarang masalah. Semoga tidak ada sebarang masalah teknikal yang boleh mengganggu kelancaran proses ujian ini. Pengurusan yang lebih sistematik yang dibentuk oleh barisan jentera unit peperiksaan dan akademik memberikan jaminan bahawa pelaksanaan UB1 kali ini insyaallah lebih baik dan teratur.





Sumber : Mohd Anuar Mohd Juwahir

Bank Soalan Bidang Ilmu Wahyu

Makluman kepada semua guru Bidang Ilmu Wahyu agar dapat menghantar salinan soalan Ujian Berkala 1 2011 ke email Ketua Bidang masdinizam@hidayah.edu.my bagi tujuan kemaskini bank soalan. Jazakumullah khairal jaza`

Friday, February 25, 2011

Selamat Menduduki Ujian Berkala 1 Tahun 2011

Bidang Ilmu Wahyu mengucapkan Selamat Menduduki Ujian Berkala 1 Tahun 2011 yang akan bermula pada hari Isnin 28/2 sehingga  4/3. Semoga Allah memberi kejayaan kepada semua pelajar. Banyakkan berdoa dan ulangkaji secara sistematik.

Wednesday, February 16, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SMIH JB 2011


Alhamdulillah dengan inayah dan taufiq Allah, Bidang Ilmu Wahyu SMIH JB telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 16 Febuari 2011. Program bermula dengan majlis makan tengahari yang melibatkan semua warga SMIH dan kakitangan SRIH JB. Selepas solat Zohor secara berjamaah di Musolla, para pelajar SMIH JB telah berkumpul di Dewan Khandak untuk program seterus. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan disusuli dengan ucapan Pengetua, Puan Hajjah Kamaliah binti Noordin. Para pelajar kemudiannya menyaksikan deklamasi sajak dan mengikuti forum " Rasulullah s.a.w Kekasih Kami " yang dikendalikan oleh moderator, Ust. Muhd Nor bersama 3 ahli panel, Ust Muh Syafiq, Ust.Muhd Haris dan Ust. Muhd Zaki. Selepas forum, para pelajar dihidangkan dengan tayangan multimedia berkisar adab-adab makan,minum dan belajar. Kumpulan nasyid Najahan seterusnya mempersembahkan nasyid dan diakhiri dengan qasidah selawat yang diketuai oleh Ustaz Haris dan para pelajar. Semoga Allah sentiasa menyuburkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w