Wednesday, February 16, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SMIH JB 2011


Alhamdulillah dengan inayah dan taufiq Allah, Bidang Ilmu Wahyu SMIH JB telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 16 Febuari 2011. Program bermula dengan majlis makan tengahari yang melibatkan semua warga SMIH dan kakitangan SRIH JB. Selepas solat Zohor secara berjamaah di Musolla, para pelajar SMIH JB telah berkumpul di Dewan Khandak untuk program seterus. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan disusuli dengan ucapan Pengetua, Puan Hajjah Kamaliah binti Noordin. Para pelajar kemudiannya menyaksikan deklamasi sajak dan mengikuti forum " Rasulullah s.a.w Kekasih Kami " yang dikendalikan oleh moderator, Ust. Muhd Nor bersama 3 ahli panel, Ust Muh Syafiq, Ust.Muhd Haris dan Ust. Muhd Zaki. Selepas forum, para pelajar dihidangkan dengan tayangan multimedia berkisar adab-adab makan,minum dan belajar. Kumpulan nasyid Najahan seterusnya mempersembahkan nasyid dan diakhiri dengan qasidah selawat yang diketuai oleh Ustaz Haris dan para pelajar. Semoga Allah sentiasa menyuburkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w

No comments:

Post a Comment